Gadis bernama Leya? Agak sukar aku nak menceritakan mengenai budak nie… Kenapa agaknya? Aku pun xtahu….Leya? Em…Dilahirkan dibesarkan semua dekat negeri Perak.Sebab tue kot budak nie xreti-reti nak kua dari negeri dia agaknya hihi!! Merupakan puteri pertama atau erti kata lainnya kakak ler dalam keluarga. Mempunyai seorang abang, 2 adik perempuan dan 2 adik lelaki. Leya? Seorang pendiam kalau dia bosan a... Seorang suke gelak bila bersama gan best friend... Kalau dia buat lawak tue mesti dia tengah hepi giler-giler masa tue...satu perasaan gembira yang xdapat di kawal hihi!.. Emosional? Tue je aku rasa dia nk tunjuk marah dia coz dia nie spesies xreti nak marah orang. Penakut? Budak nie xley jauh dari keluarga dia...biapun camtu dia bukan seorang anak yang manja ok. Budak nie peminat Siti Nurhaliza, boleh dikatakan budak nie jiwang karat jugak orangnya.
Bio aku citer lak masa dia darjah 3.. adalah seorang mamat nie suke sangat dekat budak Leya nie...masa tue si Leya nie baru pindah sekolah. Dari sekolah pmpn ke sekolah cmpur. Darjah 3 masa tue si Leya nie pakai uniform sekolah skirt dengan rambut ditocangkan kuda. Leya nie salu kelas 1st je dia duduk nak dijadikan citer sekolah baru tue terpaksa buat rombakkan kelas. Dia termasuk dalam kelas yang 1st. Lama sikit dalam sebulan macam tue la timbul lak gosip-gosip ada orang nak ngorat si Leya nie. Disebabkan dia kakak pastu nak exam PTS lak jadi time tu dia terlebih komited belajonye. Budak kecik masa tue klu orang dewasa tipu dia percaya bulat-bulat. Camtu la keadaan si Leya nie..mak kata belajo jangan cinta-cinta nanti mak kawinkan awal-awal. Satu hari tue dia dapat kesan sapa secret admirer dia. Mana xdapat kesannya budak tue asyik ikut si Leya nie time rehat. Tidak pun asyik lalu je depan kelas si Leya nie pas dah tengok lari. Budak-budak satu kewajipan selagi kasut x kotor hihi! Xpun main pijak-pijak kasut. Main set-set tiang la.
Si Leya bila dah dapat tau dia xnak tengok muka budak tue pastu buat muka marah kat budak tue. Konon garang la tue hihi! Pastu dapat info lak dari member budak tue nak jumpe si Leya nie kat belakang sekolah. Si Leya nie buat bodoh je. Maybe dah lama sangat tunggu si Leya nie xdatang dia cari Leya kat kelas. Kejar mengejar telah berlaku. Marah sangat –sangat dah si Leya nie. Disebabkan si Leya ada adik perempuan satu sekolah so budak nie pun gunakan alternative lain untuk pikat si Leya dengan membeli kopok lekor untuk disampaikan pada si Leya. Balik sekolah adik si Leya nie bagi lah kopok lekor. Leya pon makan sambil tanye ’simpan duit nak beli kopok lekor ke?’ adik dia menggeleng pala sambil genyit-genyit mata. Si Leya nie dapat mengesan sapa yang bagi terus ada satu perasaan kurang enak langsung dia buang semua kopok lekor tue. Pastu masuk bilik dengar radio lagu ’Kau terpaksa Aku terpaksa’ nyanyian kumpulan Scan. Sejak dari tue dengar je lagu tue si Leya nie automatik teringat kisah dulu.
Tapi kisah tue xberakhir disitu. Darjah 4 rombakkan kelas telah berlaku. Nasib malang telah menimpa si Leya. Dia terpaksa ke kelas ketiga. Nak dijadikan citer satu kelas dangan secret admirer dia. Dah la satu kelas, satu kumpulan, duduk pulak bertentangan. Merah padam muka si Leya tahan marah. Xberkelip budak tue tengok si Leya yang buat xnampak dekat dia. ’Sayang marah?’ tersengih-sengih budak tue sambil melihat si Leya nie. Si Leya buat muka xsuka sambil tunjuk penumbuk kat budak tue. ’Uih jangan la ganaz sangat sayang’ selambe budak tue tersenyum pastu hulur tangan dia atas meja si Leya. Si Leya nie pe lagi ketuk kuat-kuat jam tangan yang ada kat budak tue. ’ Sayang comey bile marah’ terus si Leya nie nangis lari gi dekat best fren dia. Beria si Leya nie nangis..aku rasa time tue mesti dia gat mak dia akan kawinkan dia cepat-cepat. Cikgu perasaan si Leya nie nangis pastu tnye kat si Leya kenapa? Si Leya dengan penuh perasaan tunjuk dan cakap budak tue nak ngorat dia. Cikgu tersenyum pastu cakap kat si Leya nie dia saja je mengusik awk. Si Leya nie bengang je pe lagi tersengih-sengih la budak tue. Tue kenangan si Leya masa sekolah rendah kat sekolah campur. Sejak tue si Leya nie xberapa rapat dengan lelaki coz automatik dia akan teringat pesanan mak dia. Hiihi!!! =)
Isnin, 10 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan